Showing posts with label Kedai Kek Taman Seri Delima Juru. Show all posts
Showing posts with label Kedai Kek Taman Seri Delima Juru. Show all posts

Tuesday, October 11, 2016

Produk Meja Pengantin

Kali ni, pihak pengantin memilih 3 jenis produk berbeza tetapi sedondon dengan tema, untuk meja pengantin di majlis makan beradab.

Produk yang dipilih: 
Puding pelangi deco bunga jelly, 
Kek Chocolate Moist deco buttercream bunga k-pop,
Pulut kuning berhias bunga sayuran.

Alhamdulillah, memenuhi kehendak pihak pengantin.






Monday, October 3, 2016

Resepi Kue Teow T'hng Stail Kak Tee

[Hari ni, jamu tetamu (bakal menantu) dari Kuala Lumpur datang rumah

Jamu simple2 saja, sbb kak Tee xtau lagi apa yang dia suka makan.

Selatan dan utara, selera kan beza....]


Berselera nampaknya..., Alhamdulillah!

 

Kue Teow T'hng stail Kak Tee


Jom Kak Tee nak kongsi resepi dengan pengunjung blog ni,

BAHAN-BAHAN:

1labu bawang besar

1labu bawang putih

3 inci Halia

Sup Bunjut Ayam

Batang daun bawang & daun sup




6 hiris Lobak Putih




Ayam ambil bahagian bertulang

 

Kiub Ayam Knorr

 

 

CARA-CARA PENYEDIAAN:

SUP
Blender bawang putih dan bawang besar dengan air sedikit.
Panaskan minyak dalam periuk
Masukkan bahan kisar tadi
Masukkan sup bunjut,
Halia yabg diketuk
Tumis hingga naik aroma wangi
Masukkan ayam
Masukkan secawan air ke blender bekas kisar tadi, goncangkan
Tuang air goncangan tadi ke dalam periuk
Tutup periuk hingga ayam berubah warna
Masukkan 1 bekas blender penuh air
Gula 1 sudu makan
1 kiub pati ayam Knorr
Garam secukup rasa
Hirisan lobak putih
Batang daun sup dan daun bawang
Biar sup menggelegak 2 minit
Kecilkan api, reneh hingga masak.
 
 








KUE TEOW & GARNISHING

Celur:
Kue teow, bihun, taugeh, fish ball, fish cake etc (ikut selera)

Cili Kicap:
Cili padi + Kicap Cair, kisar lumat.

Minyak Bawang Putih:
Bawang putih dicincang halus, goreng tenggelam dalam minyak hingga bertukar warna keemasan. Bawang beserta minyaknya dimasukkan ke dalam mangkuk kecil, cedok dan masukkan minyak bawang putih ke dalam hidangan kue teow t'hng.

Cadangan Hiasan:
Daun bawang, daun sup, bawang goreng, isi ayam dicarik-carik.



Selamat mencuba, selamat menjamu selera bersama keluarga.

Ikhlas dari:
Kak Tee Noe
Pastrimama Lovely Via Lattea,
Kedai Kek Kak Tee
Taman Seri Delima, Juru,
Pulau Pinang.

Kek 3D

Tempahan 3D minion dari customer...
Alhamdulillah dpt memenuhi hajat ibu utk sambut ulangtahun anaknya yg minat sgt dengan minion.



Sunday, October 2, 2016

Via Lattea Chocolate Cheese Indulgence

Saiz 6inci 600gm RM40
Saiz 7inci 1kg RM60
Saiz 9inci 2.2kg RM110

Add on
Strawberi RM10
Edible Image RM10
Customize Edible Image RM20

Self pick up
Kedai Kek Kak Tee
Taman Seri Delima Juru, Bukit Mertajam

Penghantaran selepas jam 8:00 mlm dengan caj dikenakan pada customer mengikut kadar jarak tempat dari Kedai Kek Kak Tee ke lokasi anda.









Saturday, September 24, 2016

Promosi Mingguan - Kek Popular Saiz 6 Inci


Mulai minggu ini setiap Jumaat kami buat kek popular saiz 6 inci dengan harga promosi RM 35 sahaja.

Setiap Sabtu kami akan buat penghantaran ke Penang Island.

Pick up point - TESCO E-GATE

Contact/Whatsapps: 012-4164732