Monday, October 3, 2016

Resepi Kue Teow T'hng Stail Kak Tee

[Hari ni, jamu tetamu (bakal menantu) dari Kuala Lumpur datang rumah

Jamu simple2 saja, sbb kak Tee xtau lagi apa yang dia suka makan.

Selatan dan utara, selera kan beza....]


Berselera nampaknya..., Alhamdulillah!

 

Kue Teow T'hng stail Kak Tee


Jom Kak Tee nak kongsi resepi dengan pengunjung blog ni,

BAHAN-BAHAN:

1labu bawang besar

1labu bawang putih

3 inci Halia

Sup Bunjut Ayam

Batang daun bawang & daun sup




6 hiris Lobak Putih




Ayam ambil bahagian bertulang

 

Kiub Ayam Knorr

 

 

CARA-CARA PENYEDIAAN:

SUP
Blender bawang putih dan bawang besar dengan air sedikit.
Panaskan minyak dalam periuk
Masukkan bahan kisar tadi
Masukkan sup bunjut,
Halia yabg diketuk
Tumis hingga naik aroma wangi
Masukkan ayam
Masukkan secawan air ke blender bekas kisar tadi, goncangkan
Tuang air goncangan tadi ke dalam periuk
Tutup periuk hingga ayam berubah warna
Masukkan 1 bekas blender penuh air
Gula 1 sudu makan
1 kiub pati ayam Knorr
Garam secukup rasa
Hirisan lobak putih
Batang daun sup dan daun bawang
Biar sup menggelegak 2 minit
Kecilkan api, reneh hingga masak.
 
 








KUE TEOW & GARNISHING

Celur:
Kue teow, bihun, taugeh, fish ball, fish cake etc (ikut selera)

Cili Kicap:
Cili padi + Kicap Cair, kisar lumat.

Minyak Bawang Putih:
Bawang putih dicincang halus, goreng tenggelam dalam minyak hingga bertukar warna keemasan. Bawang beserta minyaknya dimasukkan ke dalam mangkuk kecil, cedok dan masukkan minyak bawang putih ke dalam hidangan kue teow t'hng.

Cadangan Hiasan:
Daun bawang, daun sup, bawang goreng, isi ayam dicarik-carik.



Selamat mencuba, selamat menjamu selera bersama keluarga.

Ikhlas dari:
Kak Tee Noe
Pastrimama Lovely Via Lattea,
Kedai Kek Kak Tee
Taman Seri Delima, Juru,
Pulau Pinang.

2 comments:

  1. Terima kasih mak cik atas layanan yang diberikan oleh keluarga mak cik. Sedap masakan mak cik hidangkan. Terima kasih juga untuk buah tangan mak cik berikan kepada saya untuk dibawa pulang. TQVM :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi hi terimakasih kembali, nti jemput dtg lagi...

      Delete

terima kasih di atas komen anda
(thank you for your comment)